Sunday, April 11, 2010

SEKAPUR SIRIH



PROFIL KAMI



NAMA PERNIAGAAN :
KEROPOK HOUSE DUNGUN GALLERY
(Usahawan Bimbingan Jabatan Perikanan Malaysia. Program Usahawan Glokal SIRIM/MeCD. Program Usahawan EKS SME CORP. dan Usahawan Ibu Tunggal Daerah Dungun / DUN Rantau Abang di bawah naungan BIDADARI)

NO. PENDAFTARAN PERNIAGAAN :
TR

ALAMAT PERNIAGAAN :
KEROPOK HOUSE DUNGUN GALERRY. MDD 156, Kg Kuala Abang, 23050, Dungun, Terengganu Darul Iman
(Parlimen Dungun & DUN Rantau Abang)

JENIS PERNIAGAAN :
Milikan Tunggal (Pn. Zakiah Bt Othman)

BENTUK PERNIAGAAN :
Perniagaan Berasaskan Produk Warisan Terengganu, Produk Berasaskan Ikan dan Produk Ibu Tunggal BIDADARI (Kolaborasi dengan Syarikat BIDADARI KLF ENTERPRISE)

PRODUK UTAMA :
1. Keropok Lekor Tradisi
2. Lekor Frozen (Sejuk Beku)
3. Keropok Ikan Tamban
4. Keropok Ikan Parang
5. Keropok Ikan Bilis

PRODUK LAIN (AKAN DATANG) :
1. Bebola Ikan
2. Kek Ikan
3. Kuah Rojak
4. Tapai Ais Krim
5. Sos Keropok

JENAMA :






UNTUK KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI :

PN. ZAKIAH BT OTHMAN
PENGURUS KEROPOK HOUSE DUNGUN GALLERY

NO TELEFON : 013 - 908 5614
WEBSITE : http://agenoforever.blogspot.com

DESTINASI KAMI


KEROPOK HOUSE DUNGUN GALLERY
TERLETAK DI DUN RANTAU ABANG DI DALAM PARLIMEN DUNGUN.

BERIKUT ADALAH PETA LOKASI KAMI :


KAMI MENJALANKAN OPERASI DI ALAMAT MDD 156, KG KUALA ABANG, 23050, DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN.

JARAK PERJALANAN DARI KUALA TERENGGANU (1 JAM 30 MINIT) DAN DARI KUANTAN (2 JAM 30 MINIT)


LOKASI PERNIAGAAN KAMI AGAK UNIK KERANA BERADA SEJAJAR DENGAN DESTINASI PERLANCONGAN YANG MENARIK DI NEGERI TERENGGANU INI SEPERTI PANTAI KUALA ABANG (BUKIT PELANDUK). LOKASI INDUSTRI PEMPROSESAN IKAN BILIS & PRODUK WARISAN TERENGGANU. LOKASI SANTUARI PENYU KUALA ABANG. TANJUNG JARA RESORT DAN PANTAI TELUK BIDARA.


INI BERMAKNA SELANGKAH ANDA MENGUNJUNGI LOKASI PERNIAGAAN KAMI DI KEROPOK HOUSE DUNGUN GALLERY MENDEKATKAN ANDA LAGI KE DESTINASI PERLANCONGAN ANTARA YANG TERBAIK DI NEGERI SI PENYU INI.

JOM..GI KE TRANUNG KITE... JGN LUPA SINGGOH SEBENTOR KE KEROPOK HOUSE DUNGUN GALLERY.. DAN RASAI KENIKMATAN PRODUK WARISAN TERENGGANU YANG LAZAT DAN ISTIMEWA... SAMBIL BERIADAH SEISI KELUARGA..

TAK PERCAYA... ACU TRY GOK MARI SEKALI...PASTI SENANG HATI

KENALI KAMI




KEROPOK HOUSE DUNGUN GALLERY DITUBUHKAN PADA TAHUN 2006 OLEH SEORANG USAHAWAN IBU TUNGGAL IAITU PN. ZAKIAH BT OTHMAN. PERNIAGAAN INI MENJALANKAN OPERASINYA DI ALAMAT MDD 156, KG KUALA ABANG, 23050, DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN.


TAPAK PERNIAGAAN INI ASALNYA MERUPAKAN KILANG PERUSAHAAN IKAN SALAI ANTARA YANG TERBESAR DI MALAYSIA SEKITAR TAHUN 1970an YANG DIUSAHAKAN OLEH ALLAHYARHAM SUAMI BELIAU IAITU KIYOMORI AGENO @ MOHD NOR BIN ABDULLAH. MENGIKUT SEJARAH PERNIAGAAN INI, PRODUK KELUARAN PERUSAHAAN INI TELAH MENDAPAT PASARAN YANG LUAS DARI NEGARA JEPUN DAN DARIPADA SUMBER MENDAPATI PERUSAHAAN INI MERUPAKAN PRODUK DARI NEGERI TERENGGANU YANG PERTAMA DAN BERJAYA DIPASARKAN DI PASARAN ANTARABANGSA.


KINI TAPAK TERSEBUT MASIH MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN DAN DITERUSKAN LEGASINYA OLEH ISTERI BELIAU MELALUI SATU PERUSAHAAN BARU YANG DIBERI NAMA
'KEROPOK HOUSE DUNGUN GALLERY'


MELALUINYA PENJENAMAAN BARU PERNIAGAAN, SYARIKAT 'KEROPOK HOUSE DUNGUN GALLERY' KINI TELAH MENGELUARKAN PRODUK-PRODUK WARISAN TERENGGANU (BERASASKAN IKAN) SEPERTI KEROPOK LEKOR TRADISI, LEKOR FROZEN, KEROPOK IKAN TAMBAN, KEROPOK IKAN PARANG DAN KEROPOK IKAN BILIS. PERNIAGAAN INI AKAN MENUJU SETAPAK LAGI DENGAN MENGELUARKAN PRODUK BARU IAITU BEBOLA DAN KEK IKAN PADA MASA TERDEKAT INI.


UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PERNIAGAAN INI, 'KEROPOK HOUSE DUNGUN GALLERY' TELAH DIDAFTARKAN DIBAWAH PROGRAM PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (EKS) SEPERTI "PROGRAM USAHAWAN GLOKAL MeCD/SIRIM BERHAD" DAN "PROGRAM USAHAWAN EKS SME CORP.". SELAIN ITU SYARIKAT PERNIAGAAN INI DIPILIH UNTUK MENJADI USAHAWAN BIMBINGAN JABATAN PERIKANAN MALAYSIA DIBAWAH 'PROGRAM ANAK ANGKAT (PAA) JABATAN PERIKANAN MALAYSIA' DAN MERUPAKAN SALAH SATU USAHAWAN IBU TUNGGAL DAERAH DUNGUN (DUN RANTAU ABANG) YANG BERDAFTAR DIBAWAH NAUNGAN "BIDADARI".


DARI ASPEK PEMASARAN, PRODUK KELUARAN PERNIAGAAN INI TELAH DIPASARKAN DI SEKITAR DUNGUN DAN PAKA. MELALUI "PELAN PEMASARAN AGENO/BIDADARI 2010-2015", SYARIKAT PERNIAGAAN INI BERCADANG UNTUK MEMPERLUASKAN PASARAN PRODUK INI DI SELURUH NEGERI TERENGGANU, PAHANG, JOHOR DAN PASARAN LEMBAH KLANG.


SEMENTARA ITU SOKONGAN TEKNIKAL DARI PIHAK SIRIM BERHAD DI BAWAH PROGRAM USAHAWAN GLOKAL MeCD/SIRIM BERHAD PULA, PRODUK-PRODUK KELUARAN SYARIKAT INI TELAH DIBERI PENJENAMAAN BARU PADA PEMBUNGKUSAN PRODUKNYA MELALUI JENAMA "Ageno" YANG DIAMBIL SEMPENA NAMA PENGASAS KILANG PERUSAHAAN INI DAN JUGA ALLAHYARHAM SUAMI YANG TERSAYANG IAITU 'KIYOMORI AGENO'. PIHAK SIRIM BERHAD JUGA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMASTIKAN PRODUK-PRODUK PERNIAGAAN INI AKAN MENDAPAT SIJIL 'HALAL' DARIPADA JAKIM AGAR PRODUK PERNIAGAAN INI DAPAT DIPERLUASKAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA SEPERTIMANA YANG PERNAH DILAKSANAKAN OLEH ALLAHYARHAM SUAMI USAHAWAN TERDAHULU.

MANAKALA DARI ASPEK PENGOPERASIAN, JABATAN PERIKANAN MALAYSIA TELAH MENYUMBANGKAN PERALATAN ASAS DAN SOKONGAN TEKNIKAL UNTUK MEMPERKEMBANGKAN LAGI PERUSAHAAN PRODUK BERASASKAN IKAN YANG DIUSAHAKAN OLEH PERNIAGAAN INI. DAN DIPIHAK SME CORP. PULA TELAH MELULUSKAN DANA UNTUK PEMBANGUNAN PERNIAGAAN BAGI MEMBOLEHKAN PERNIAGAAN INI MEMANTAPKAN ASPEK PENGOPERASIANNYA MELALUI PEMBELIAN ASET-ASET BARU YANG BERTEKNOLOGI TINGGI DAN EFISYEN.

PRODUK KAMI

KEROPOK HOUSE DUNGUN GALLERY
MENAWARKAN PRODUK WARISAN TERENGGANU DI BAWAH JENAMA


KEROPOK LEKOR TRADISI AGENO
Harga Pasaran : RM 1.00 sebatang (Rebus)

KEROPOK LEKOR FROZEN AGENO
Harga Pasaran : RM 10.00/kg
Harga Borong : RM 8.00/kg




KEROPOK IKAN TAMBAN AGENO
Harga Pasaran : RM 16.00/kg
Harga Borong : RM 14.00/kg

KEROPOK IKAN PARANG AGENO
Harga Pasaran : RM 24.00/kg
Harga Borong : RM 20.00/kg



KEROPOK IKAN BILIS AGENO
Harga Pasaran : RM 18.00/kg
Harga Borong : RM 16.00/kg



PRODUK-PRODUK AKAN DIBERITAHU KELAK DARI MASA KE SEMASA




UNTUK TEMPAHAN, SILA HUBUNGI :

DUNGUN/PAKA : PN. ZAKIAH (013 - 908 5614)
KUALA TERENGGANU : PN. NOOR ZULIANA (013 - 255 2583)
JOHOR : EN. RAMLEE (O13 - 255 2598)

HUBUNGI KAMI


HUBUNGI KAMI :

KEROPOK HOUSE DUNGUN GALLERY
MDD 156, KG KUALA ABANG, 23050, DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMAN

NO TEL : 013 - 908 5614 (PN. ZAKIAH)

RAKAN NIAGA